meh klik cni :)

kengkawan Blog

Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL- MUBARAK




▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬ ஜ۩ஜ۩ஜ۩ ▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شهر رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَ
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
(⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
`⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
/▌*˛˚ღ •˚ SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK ˚ ✰* ★
/ \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。


ESOK Puase,,so just nak wish slamat myambut ramadhan al_Mubarak,,moga ramadhan kali ini memberi anda 1000 kebertakan,,,serta perbanyakkn lah amalan anda semua,,,,jauhi la pkara2 MUNGKAR...:)

.......JGN POSE SPARUH HARY JER OK........

Friday, July 29, 2011

4 CARA TINGKATKAN PENGLIHATAN MATA ANDA :)




Makan makanan yang membantu untuk menerangkan lagi penglihatan anda- Mata kita memerlukan beberapa nutrien yang membantu untuk meningkatkan fungsinya. Antaranya ialah vitamin A,C dan E membantu untuk meningkatkan lagi kadar penglihatan. Antioksida pula boleh membantu makula daripada rosak apabila terkena sinaran matahari. Ejen antioksida ini boleh didapati didalam kandungan sayur-sayuran hijau gelap, kuning telur, labu, ubi, lobak merah dan pelbagai jenis lagi. Makula adalah satu jenis penyakit yang menjadi punca utama kebutaan. Makanan yang kaya sulfur, sistein, dan lesitin seperti bawang putih dan bawang merah membantu melindungi lensa mata anda dari pembentukan katarak. Untuk mengelakkan mata anda daripada dehidarasi, anda dinasihatkan untuk minum air sekurang-kurangnya sebanyak 8 gelas sehari.

Lakukan senaman terhadap mata anda- Mata juga merupakan satu organ yang perlu diberikan senaman. Senaman ini amat baik dilakukan ketika waktu pagi, sebelum tidur atau ketika mata anda berasa penat. Pastikan tangan anda bersih sebelum mulakannya. Cuba amalkan setiap hari dan anda akan melihat hasilnya dalam masa satu bulan. Di bawah adalah beberapa jenis senaman yang anda boleh lakukan.

Gosok tapak tangan sehingga menghasilkan haba kepanasan, kemudian tekapkan tangan ke mata anda selama 5 saat. Ulangi lagkah ini sebanyak 3 kali.
Pusingkan mata anda 360 darjah sebanyak 10 kali mengikut arah jam, kemudian 10 kali lagi mengikut arah lawan jam.
Pegang sebatang pensel, fokuskan pandangan anda terhadap hujung mata pensel itu. Pastikan hujung pensel selari dengan mata anda. Kemudian, dengan perlahan-lahan dekatkan lagi pensel sehingga terkena hujung hidung anda. Jarakkan batang pensel kembali ke kedudukan yang asal. Ulang langkah ini sebanyak 10 kali.
Urut secara membulat di bahagian luar sekeliling mata anda menggunakan ibu jari.
Apabila mata anda berasa letih, pejamkan mata anda dan berehat sebentar sekurang-kurangnya 3 minit.
Elakkan daripada faktor luaran yang boleh merosakkan mata anda- Seperti yang anda ketahui, faktor luaran seperti lampu neon, skrin komputer, habuk persekitaran, klorin di kolam renang, penghawa dingin, membaca dalam pencahayaan malap, dan menggosok malar mata mampu menyumbang untuk kerosakan mata. Selain daripada itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak merokok untuk mengehadkan pendedahan terhadap asap rokok kerana ia boleh meningkatkan tekanan optik. Jangan lupa memakai kacamata hitam untuk melindungi mata anda dari paparan sinar UV.

Dapatkan tidur yang cukup- Mendapatkan tidur yang cukup juga sangat penting untuk kesihatan mata anda. Waktu tidur membolehkan mata anda untuk berehat sepenuhnya. Kurang tidur akan melemahkan lagi penglihatan anda. Rehatkan mata anda selepas satu jam anda berkerja, 10 minit untuk setiap 50 minit yang dihabiskan membaca atau di depan komputer. Jika mata anda merasa terlalu letih, baring sebentar dan pejamkan mata anda.

RAHSIA KOPI YANG PERLU ANDA TAHU!!






Melindungi hati anda- Seorang peminum kopi yang meminum 1 hingga 3 cawan sehari mempunyai kadar yang lebih rendah terkena stroke daripada seorang yang tidak meminum kopi. Kopi mempunyai antioksida lebih daripada hidangan blueberry, dan merupakan sumber terbesar antioksida dalam diet Amerika. Antioksida membantu mengelakkan daripada radang pada arteri. Kesan segera apabila seseorang yang baru sahaja meminum kopi adalah meningkatkan tekanan darah dan degupan jantung, tetapi dalam jangka masa panjang, ia akan menurunkan tekanan darah kerana antioksida kopi akan mengaktifkan oksida nitrik (pelebaran salur darah).

Mengurangkan risiko diabetes- Antioksida yang berada didalam kopi berperanan untuk meningkatkan kepekaan sel-sel anda terhadap insulin (yang membantu mengatur kandungan gula dalam darah). Orang yang minum 4 atau lebih cawan kopi setiap hari mungkin mempunyai risiko lebih rendah menderita diabetes jenis 2, menurut beberapa kajian. Hasil daripada penyelidikan lain menunjukkan bahawa kafein boleh mengurangkan sensitiviti insulin, anda dinasihatkan untuk meminum kopi yang tidak mengandungi kafein sesekali.

Kanser- Salah satu hasil analisis daripada sembilan kajian menunujukkan bahawa setiap peningkatan 2-cawan kopi setiap hari dapt mengurangkan risiko kanser hati sebanyak 43 peratus. Ini adalah kerana kandungan kopi yang mempunyai asid klorogenat dan caffeic, manakala kafein pula membantu untuk mencegah keradangan hati dan menghalang sel-sel kanser.

Meningkatkan kekuatan otak- Sebahagian besar hasil daripada kajian menunjukkan dengan meminum antara 1 hingga 5 cawan sehari boleh membantu mengurangkan risiko demensia,penyakit Alzheimer dan Parkinson. Ejen antioksida yang terkandung dalam kopi dapat mencegah kerosakan sel otak dan membantu neurotransmitter yang terlibat dalam fungsi rangsangan otak untuk bekerja dengan lebih baik.

Membantu mengurangkan sakit kepala- Kajian menunjukkan bahawa 200 miligram kafein dapat memberikan bantuan daripada sakit kepala termasuk migrain. Tetapi fakta mengenai bagaimana kafein mengurangkan sakit kepala tidak jelas. Walaubagaimanapun para saintis mengetahui bahawa kafein meningkatkan aktiviti sel-sel otak, menyebabkan sekitar pembuluh darah menyempit. Salah satu teori lain menyatakan penyempitan ini membantu untuk meringankan tekanan yang menyebabkan anda berasa sakit, kata Robert Shapiro, MD, Ph.D., profesor neurologi dan pengarah Klinik Sakit kepala di University of Vermont Medical School.

Saturday, July 16, 2011

FACIAL XPRESSION.....

HYE,,,disebabkan kobosanan semalam aku telah main mekup2,,,hahaahah....nak try mekup la kononnyer tgok ap yang jadi kat muka ni,,,,jd lain kew x,,,haha so terhasil la sebuah karya Agung,,,hahahahah......suke tgok owg pndai mekup....tp ak xgheti sgt..eheh so men hntam jela,,,,mari kite tgok hasilnyer :)






















inilah hasilnya,,,,,hahahaa,,akibat kebosanan kan,,,xda keje nk dibuat so buat bnda ni la,,hahaha/.........