meh klik cni :)

kengkawan Blog

Monday, February 28, 2011

kakiku di x-RAY???

image kaki ku yang di upload,,huhu (sangat bgkak kan)







X-RAY ROOM



kakiku,,,huhuhu diletakkn ice....



hurmm kaki ak sakit sangat pas balik dr bercuti kat langkawi semalam,,upenyer dah terseliuh bengkak giler2 beb,,,xbleyh bla die pnyer sakit,,hanya ak yang taw,,heheh ak pon xtaw kat mana clapnyer nak ckap ak jatuh xda plak,,,,tetibe jew bangkak n sakit kaki ni,,,,maybe manyak sgt bergerak n lari lam pantai,,,kot la,,,,arini ak g la PKU (pusat kesihatan Universiti) nak check kaki ak ni,,,,so tnggu pnyer tnggu sampai la turn ak masuk dalam jmpe doktor,,,,doktor 2 tgok kaki ak bengkak sgt die suh ak g x-ray takot la retak kew ap 2 kew kan,( wat ak nebess jew doktor ne),,,hhuhu ak pon g la pas dapat result naseb la xda ap2 juz terseliuh jew tp sangat sakit la,,,nak gerakkan pun sakit,,,,smalam dah g urut xjadi pape pon same jew still sakit ag,,,,haishh kaki be la kau nak sembuh ( kata ak kpda kakiku) :)xboleyh la nak g pangkor law camne kaki sakit,,adoiii,,,,,moga kaki ak cepat sembuh,,
korang yang kaki ok2 hati2 la jgn smpai terseliuh cam kaki ak ni sakit taw,,,,,:)

Thursday, February 24, 2011

jom diet cara RASULULLAH saw

pic yg di google




klau kowg nak diet cara nabi meh ikot tips ni,,,,hehe xpayah susah2 beli ubat kurus mahal2,,,,huhu disamping2 dapat menjaga kesihatan kite...

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

sumber...www.raudhah.com

Tuesday, February 22, 2011

jom join FACEBLOG

ni adlah logo FACEBLOG ITU..



ha ak baru aje join face blog,,hehheh,,,,,ntah ak pon xtaw sgt,,,,so jom la meramaikan ahli faceblog tu,,hehehe jgn lupe join taw sbb saye da join,,:) anda bile lagi???
faceblog ni macam facebook la,,,baca bawah ni k,,,

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
(ni ak copy paste jew kat faceblog 2 nak bagi kowg sume taw,,,eheh)

arghhhhhhhhhh BOSAN

mcm ni la ak law bosan,,haha





korng BOSAN x?? harini ak sgt bosan+ cdey trip ke lagkawi sabtu ni xjadi,,ats beberapa alasan,,,,harini ak xda claz so memerap jela kat bilik ak yang sempit ni,,hahah tp ad plak pilihanraya kat kolej ak ni terpaksa la kuar g mengundi pas2 g makan n masuk bilik smula,,,haishh bosan sgt,,kerja ak bke FB lpas2 Bke BLOG ak jew sepanjang arini nak stdy???haishh lagi la cek malaz,,,,,lama2 law macam ni mang boleyh giler la,,hahaha......ap nak buat yer untuk ilangkan bosan ak ni??? nak kuar pon xda tempat yang nak ditujui,,,,,hurmm :( codeyh den,,,,internet connection kat bilik ni pon lembab macam SIPUT jew,,mentang2 la ak xbayar broadband ak ag,,hehe wireless plak mcm ni sgt la geram,,,
korang ad ap2 cadangan untuk ilangkan kebosanan ak ni sblum ak menjadi giler,,,hehe:)

Monday, February 21, 2011

sy sgt suka bergambar!!!!!!!!!! yay or nay???

tajuk xleh bla,,,,haha sbb xtau dah nak buat tajuk ap,,,,entri kali ni mang lbih banyak gambar jew yer jadi jagan marah yer n tolong jgn MUNTAH tgok pic2 di bawah,,,hahahah kerana pic2 dibawah ni dapat menjelaskan tajuk diatas,,:) mang dah jadi hobi xkisah la owg nak ckap syiook sniri kew ap kte xkesahhhhh :) kowg pown msty ada jgak kan yg suke sgt bergambar n kemana saje msty nak snap pic even dlam toilet ak still gatai tgan nak snap pic,,,haha xblh la nak ilangkan tabiat ni mang ak xbleyh nak hindarkan,,,hoho lect mgajar kat dpan ak n mmber blh ag bgambar kat blakang,,,,ngee (jgn tiru aksi ini) tp nak buat camne kan xkan nak g jumpe bomoh kot berubat,,haha so xkesah la,layankan aje,,,zassssssss,,,,hehe,,,hohoho.........

p/s: tlg jgn mUNTAH,,ngeee














Sunday, February 20, 2011

rahsia mengenal WANITA melalui cara berjalan


jom kite same2 baca rahsia mengenal perempuan drpada cara mereka berjalan,,,,,tp xsemuanya tepat kan,,,,,:)ad yg betol ada yang tidak,,,,

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Thursday, February 17, 2011

RAHSIA BULAN KELAHIRAN- KAJIAN DATUK DR FAZILAH KAMSAH




JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Pandai mengambil hati orang lain.
Pendiam kecuali telah dirangsang.
Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak.
Suka duduk di rumah.
Setia pada segala-galanya.
Perlu belajar kemahiran bersosial.
Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

Berfikiran abstrak.
Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
Bijak dan pintar
Berpewatakan yang mudah berubah.
Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri.
Jujur dan setia pada segalanya.
Keras hati untuk mencapai matlamat.
Tidak suka dikongkong.
Mudah memberontak apabila dikongkong.
Suka kegiatan yang lasak.
Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
Mudah mempamerkan marahnya.
Tidak suka benda yang remeh-temeh.
Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak.
Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
Pemerhatian yang tajam.
Suka hiburan dan sukan.
Suka benda yang bersifat seni.
Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

Berpesonaliti menarik dan menawan.
Mudah didampingi.
Sangat pemalu dan pemendam rasa.
Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
Suka pada kedamaian.
Sangat peka pada orang lain.
Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
Tidak cepat marah dan sangat amanah.
Tahu membalas dan mengenang budi.
Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
Suka berangan-angan.
Suka melancong.
Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
Kelam kabut dalam memilih pasangan.
Suka dengan hiasan rumahtangga.
Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

Keras hati & tegas.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros

JUN

Berfikiran jauh & berwawasan.
Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut.
Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
Idea yang terlalu banyak di kepala.
Bersikap sensitif.
Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
Bersikap suka menangguh-nangguh.
Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
Cepat marah & cepat sejuk.
Suka bercakap & berdebat.
Suka buat lawak & bergurau.
Otaknya cerdas berangan-angan.
Mudah berkawan & pandai berkawan.
Seorang yang sangat tertib.
Pandai mempamerkan sikap.
Mudah kecil hati.
Mudah kena selsema.
Suka berkemas.
Cepat rasa bosan.
Sikap terlalu memilih & cerewet.
Kurang mempamerkan perasaan.
Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
Suka pada barang yang berjenama.
Mudah menjadi eksekutif.
Kedegilan yang tidak terkawal.
Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

Sangat suka didamping.
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
Agak pendiam kecuali dirangsang.
Ada harga dan maruah diri.
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
Sangat menjaga hati orang lain.
Sangat peramah.
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
Berjiwa sentimental.
Jarang berdendam.
Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
Tidak suka benda remeh-temeh.
Membimbing cara fizikal dan mental.
Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
Layanan yang serupa terhadap semua orang.
Tinggi daya simpati.
Pemerhatian yang tajam.
Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
Mudah dan rajin belajar.
Suka muhasabah diri.
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
Suka mendiamkan diri.
Suka duduk di rumah.
Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
Tidak agresif kecuali terpaksa.
Lemah dari segi kesihatan perut.
Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
Minta disayangi.
Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat.
Rajin dalam membuat kerja

OGOS

Suka berlawak.
Mudah tertawan padanya.
Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
Berani dan tidak tahu takut.
Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
Pandai memujuk orang lain.
Terlalu pemurah & bersikap ego.
Nilai harga diri yang sangat tinggi.
Dahagakan pujian.
Semangat juang yang luar biasa.
Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
Sangat cemburu.
Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
Cepat berfikir.
Fikiran yang berdikari.
Suka memimpin & dipimpin.
Sifat suka berangan.
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
Belajar untuk bertenang.
Sikap kelam kabut.
Romantik, pengasih dan penyayang.
Suka mencari kawan

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
Pendiam tapi pandai bercakap.
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui.
Seorang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan.
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.
Bersistematik
OKTOBER

Suka berbual.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Romantik dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Seorang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
Mudah patah semangat

NOVEMBER

Banyak idea dalam perkara.
Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
Berfikiran kehadapan.
Berfikiran unik dan bijak.
Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
Pemikiran yang tajam.
Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti.
Personaliti yang dinamik.
Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
Terlalu degil dan keras hati.
Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
Tak suka marah kecuali digugat.
Mudah ambil berat terhadap orang lain.
Pandai muhasabah diri.
Cara berfikir yang lain dari orang lain.
Otak yang sangat tajam.
Pandai mendorong diri sendiri.
Tidak hargai pujian.
Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
Cuba sampai berjaya.
Badan yang sasa.
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
Suka duduk d irumah.
Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
Bercita-cita tinggi.
Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah.
Bersifat patriotik.
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi.
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Seronok bila didampingi.
Suka bercampur dengan orang.
Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
Tidak pandai berpura-pura.
Cepat marah.
Perangai yang mudah berubah-ubah.
Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan.
Suka berlawak.
Pandai buat lawak dan berfikiran logik

betol kew x???hoho..nilaikan la seniri,,,mane la taw ad yg same kn cket2....

Tuesday, February 15, 2011

kenali perwatakan seseorang melalui jenis darah,,,



Gologan darah A

1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang ’sekepala’.

Gologan darah B
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Gologan darah O

1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

Gologan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.

Monday, February 14, 2011

VALENTINE DAY??? APAKAH ITU???


gambar hiasan,hehehe



Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi untuk mempromosi Valentine. Berbagai tempat hiburan bermula dari disko/kelab malam, hotel-hotel, organisasi-organisasi mahupun kelompok-kelompok kecil; ramai yang berlumba-lumba menawarkan acara untuk merayakan Valentine. Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio mahupun televisyen; sebagian besar orang Islam juga turut disajikan dengan iklan-iklan Valentine Day.

SEJARAH VALENTINE:

Sungguh merupakan hal yang menyedihkan/tidak sepatutnya terjadi apabila telinga kita mendengar bahkan kita sendiri 'terjun' dalam perayaan Valentine tersebut tanpa mengetahui sejarah Valentine itu sendiri. Valentine sebenarnya adalah seorang martyr (dalam Islam disebut 'Syuhada') yang kerana kesalahan dan bersifat 'dermawan' maka dia diberi gelaran Saint atau Santo.

Pada tanggal 14 Februari 270 M, St. Valentine dibunuh karena pertentangannya (pertelingkahan) dengan penguasa Romawi pada waktu itu iaitu Raja Claudius II (268 - 270 M). Untuk mengagungkan dia (St. Valentine), yang dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka para pengikutnya memperingati kematian St. Valentine sebagai 'upacara keagamaan'.


Tetapi sejak abad 16 M, 'upacara keagamaan' tersebut mulai beransur-ansur hilang dan berubah menjadi 'perayaan bukan keagamaan'. Hari Valentine kemudian dihubungkan dengan pesta jamuan kasih sayang bangsa Romawi kuno yang disebut “Supercalis” yang jatuh pada tanggal 15 Februari.


Setelah orang-orang Romawi itu masuk agama Nasrani(Kristian), pesta 'supercalis' kemudian dikaitkan dengan upacara kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai 'hari kasih sayang' juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahwa waktu 'kasih sayang' itu mulai bersemi 'bagai burung jantan dan betina' pada tanggal 14 Februari.


Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata “Galentine” yang bererti 'galant atau cinta'. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahwa sebaiknya para pemuda dalam mencari pasangan hidupnya pada tanggal 14 Februari. Dengan berkembangnya zaman, seorang 'martyr' bernama St. Valentino mungkin akan terus bergeser jauh pengertiannya(jauh dari erti yang sebenarnya). Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal usul hari Valentine. Di mana pada zaman sekarang ini orang mengenal Valentine lewat (melalui) greeting card, pesta persaudaraan,bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.


Dari sini dapat diambil kesimpulan bahwa moment(hal/saat/waktu) ini hanyalah tidak lebih bercorak kepercayaan atau animisme belaka yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah sekaligus memperkenalkan gaya hidup barat dengan percintaan(bertopengkan percintaan), perjodohan dan kasih sayang.

PANDANGAN ISLAM

Sebagai seorang muslim tanyakanlah pada diri kita sendiri, apakah kita akan mencontohi begitu saja sesuatu yang jelas bukan bersumber dari Islam ?


Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:

“ Dan janglah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)


Dalam Islam kata “tahu” bererti mampu mengetahui dengan seluruh panca indera yang dikuasai oleh hati. Pengetahuan yang sampai pada taraf mengangkat isi dan hakikat sebenarnya. Bukan hanya sekedar dapat melihat atau mendengar. Bukan pula sekadar tahu sejarah, tujuannya, apa, siapa, kapan(bila), bagaimana, dan di mana, akan tetapi lebih dari itu.


Oleh kerana itu Islam amat melarang kepercayaan yang membonceng(mendorong/mengikut) kepada suatu kepercayaan lain atau dalam Islam disebut Taqlid.

Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran (keluarga Imran) ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

HUKUM MENYAMBUT VALENTINE DAY

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.: “Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.” (al-Hajj : 67)
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959)
Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.
Nabi bersabda: “Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Israa’ : 32)
Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.” http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya: “Iblis berkata: ‘Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik.” (al-Hijr : 39-40)
Bersandarkan kepada hujah-hujah yang jelasa para ulama telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah HARAM bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
p/S RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL,,Ngeeeeeee :)

Tuesday, February 8, 2011

my new image...:) and azam 2011 terlaksana alhamdulillah,,

taraaaaaaaaaaa...:P




asyik2 muke ak,,haah




dengan anak buah ak,,,



berangan jap,,,hahha



my new castle,,hahahah





ha nmpak lain x??hoho mybe ad yang perasan n ada yang xperasan kan,,alhamdulillah pintu hati ak terbuka untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim,,,syukur kehadrat ilahi ak sedar diri jugak akhirnya,,,,,hoho,,,,,namun ad jgak yang sebok mgata dibelakang,,pot pet cane pot pet cni,,lantak la kowg janji ak bahagia,,,dan inilah diri aku sekarang n im happy wif dat,,,:)chaiyok2........pedulikan la molot2 mereka2 sbb mereka xakan pernah berhenti untuk bercakap,,n terima kasih manyak2 kepada yang menyokong n memberi nasihat,,:)

ada sesiapa HILANG kUcInG???

comel x kucing ni???namanyer si MERAH..........



comel x kucing kat ats ni??hehe comel kan,,,ni adalah kucing baru ak,,ntah la 2,3 ari lpas kucing ni dtg umah ak,,tetibe jew die muncul kat kawasan umah ak ni,,maybe la tuan die buang die,,ak plak tgok muke die yang kiut miut tersayang n tersuke la plak kat kucing ni,,,nak plak warnanya sama macam kucing ak yang lepas,,,,so ak pon cakap la kat mak ak yang ak nak bela kucing ni,,,:) padahal ak cuti jap jew ni sah2 la lpas ni mak ak yang kena jaga si merah ni,,ha ak namekan die merah sebab bulu die mcm oren2 kan,,nak panggil oren xkan la kan,,so merah la,,,hahaha,,.men bedal jew,,ak men petik jew name die ni,,ehehe xkisah la,,,xkan la nak ltak nama die FARID KAMIL plak,,hahah ag la xsesuai untuk seekor kucing,,:P...sampai hati tuan die buang die,,kecik lagi kucing ni,,,xdapat kasih syg ibu die kan,,,,:( kucing ni manja taw asyik ikut jew kitowg pergi mane,,law kitowg ad kat c2 baru la die nak tdo,,,hehe,,sweet sgt,,tp kdg 2 geram jgak,,ak nak jalan pon xbleyh sbb die asyik follow jew,,,susah nak jalan kot,,hehehe naseb xterpijak,,sbb die ske sgt duduk kat kaki owg,,ishh bahaya ni,,,,,ha slpas secara sah nyer ak jadi tuan die (ak yang sahkan seniri) ak mandikan si MERAH ni dengan menggunakan syampoo REJOICE..hehhe wange giler lpas2 si MERAH ni,,xla kotor lagi,,heheh,,,guna jari pon boleyh,,,


ni la pic MERAH slepas dimandikan dan disyampooooooookannnnnn..:)



Monday, February 7, 2011

sowg lagi kawan ak,,,,,

semalam 6/2/2011 kawan ak melangsungkan pertunangannyer,,,hoho,,beznyer la tgok die bertunang,,,tunang dah sowg ag kawan ak neyh,,,,ak bile ag???hoohoho,,ntah ak pon xda jwapan untuk soalan tu,,,dapat la jugak ak n member2 ak yang dah lame xjumpe berkumpul dan bercerita hal masing2,,sangat2 bez larh,,heheh,,ap pon kepada ana n abu slamat bertunang,,:) semoga pertunangan ini membawa ke jinjang pelamin n kekal ke akhir hayat,,,:)



Wednesday, February 2, 2011

its weird beb....

haiwan yang pelik2
1) hairy frogfish boleh ditemui di indonesia..
2) guineafowl pufer dari lautan pasifik
3) star nosed mole snout kadangkala dijumpai di Amerika utara
4) komondor keturunan anjing hungary
5) blobfish- sering berlegar2 didasar laut
6) seapigs
7) white turtle
8) aye-aye-perangai yang sama macam burung belatuk













ini saje,,:) boleh komen jika mahu,,:)

oh terharunya,,,,

makan smbil on9,,heheh


harini kakak ak balik kg,,almaklum la cuti CNY kan,,die pon cabot dlu larh,,,tngal la

ak sengsowg kat umah ni,,ak xblh balik ak sbb ak mnunggu barang2 ak smpai,,t sape nak

amik barang2 2 law chenta haty ak hantar kan,,,so lmbat cket la ak balik kg,,,,yang

membuatkan ak terharu ialah akak ak pg tapaukan ak nasi goreng kampung n die juga

belikan ak roti,telur dan macam2 lagi,,hahah terharu nyer ak,,,syg jugak akak ak kat

ak,heheheh,,dah la malaz nak bebel panjang lebar,,hehe

sye cdeyh sgt,,,,



sy cdeyh bukan ap,tp semua owg bz sgatttttt tahap gaban,,sampai ajak kuar pon xbleyhh....dah la cuti,,xkan saye nak dok umah jew tanpa buat ap2,,owhhhh sangat la buhsan begitu,,,,tidakkk,,,,,xkan saye nak jenjalan sowang diri???sepi sangat macm 2,,hahahah,,,,dan xkan lar saye nak main tangkap muat jew kuar ngan sesape pon,,owh desperate sgt mcm 2,,,itu bukan diriku...heheeh,,sejak berada dirumah n sejak cuti sayer baru kuar umah sekali itupon sbb pg pasar malam semalam ngan akakku,,hahahaha,,law x asyik memerap la kat umah,,,,mmber2 sume ad hal,,,balik kg larh ap lar,,,,bosan nyerrrrrrrrr la,,,
INI SAJE ENTRY YANG DIKONGSI UNTUK HARI INI heheheheh sbb saye tgh cdeyh,,:(

my trial,,,,hahaha

kebosanan ak malam tad membuatkan ak tetibe jew nak bergambar,,hahah kbtulan plak ad selendang baru beli,,,heheheheh so,,,,ak pon try lar,,,,:)







div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">








itu saje untuk hari ini,,hahah bye3,,:P

Tuesday, February 1, 2011

hujan di petang hari,,,

alamak ujan la plak ptang ni,,,mmbuatkan pewotku lapar plak,,,tetibe teringat jagung ad lam peti ais 2,,ak pon merajinkan diri lar buat cucur jagung...ngeee cdap jgak law mkn pnas2 dlam keadaan diluar yang hujan ni,,,syiokkk woo,,:)
snang jew nak buat cucur jagung ni bahan2 nyer korang perlukan jagung mentah,ikan bilis,bawang besar n cili besar yang dihiris halus2 dan juga garam secukup rasa,,,eh maap yer ini bukan kelas memasak,,,terlebeyh sudah,,,heheh,,,dah ciap goreng xsabar nak makan,,,heheh rasenyer boleyh tahan la,,heheh tara.........jom tgok hasil air tanganku,,hahah



cantek kan cekodok a.k.a cucur ak ni,,hahahah

jalan2 ke muzium padi


with my chenta haty,,,,,

last weeknd ak g jenjalan wif my chenta haty....lokasinya adalah di sekitar alor setar saje iaitu di MUZIUM

PADI......saat2 terakhir berada di kedah ni kene la banyak luangkan masa untuk jenjalan kat tmpat2 yang ak

dan die xpernah pergi lagi kan,,kebetulan kitowng plak xda destinasi yang nak ditujui so pergi la kesana ntuk

bergambar jew,harus ke???,heheeh dripada ak n die dok malangut jew ( termenung) lebeyh bek pg bgambar

kan,hahhaha menarik jugak larh tempat ni boleh melihat hasil kreativiti seorng pelukis mlukis gambar di dinding

sama macam pmandangan diluar,,,nmpak mcm real,,,heheh,,,,thanks to my chenta haty coz sudi mluangkan

masanyer dgn ku,,,:)

kat dalam muzium padi
sempat pose kat dpan muzium,,,heehe
ak pon sebok jgak,,,