meh klik cni :)

kengkawan Blog

Tuesday, December 7, 2010

u know how much i miss u,,,,


aku sgt merinduinya,rindukan wajahny,rindukan suaranya,rindukan gelak tawanya,rindukan gurau sendanya dah yang paling penting ak sgt merindui kasih syg dr seorang bapa...tp ak hanya mampu mengimbasnya kembali dan tidak mungkin memilikinya lagi kerana die telah pergi menghadap ilahi,,,,mungkin allah lebih menyayanginya,,moga allah mencucuri rahmat keatas roh nya dah ditempatkan bersama orang2 yang beramal soleh,,,,entah kenapa sejak akhir2 ni aku terlalu merindui nya,,,teringat saat2 die masih ada disisi kami sekeluarga..sukar untuk melupakan orang yang aku sayangi dalam hidup ini dengan mudah..namun ak perlu redha dengan ujian allah ini.kerana ada hikmah disebalik setiap kejadian yang diciptanya...
entah kenapa juga hati ak terbuka untuk bercerita mengenai hal ini kerana sejak pemergian arwah ayahku pada tanggal 20 julai 2008 aku tak pernah untuk meluahkan perasaanku ini kepada sesiapa,,segala kesedihan yang aku rasai akan kupendam,namun semakin lama ak semakin merinduinya...mungkin bagi yang tidak pernah mengalami saat2 kehilangan insan yang tersayang tidak akan pernah mengerti perasaan yang wujud dalam hati kecil ku ini,,,mereka tidak akan memahami bagaimana peritnya menjalani kehidupan tanpa insan tersayang....jadi apa yang boleh mereka katakan ialah "sabar tuhan lebih sayangkanya",,,"life must go on" n bermacam2 lagi hakikatnya ak xdapat menerima semua itu sehingga hari ini..........ak masih merasakan bahawa ayahku masih ada lagi,,,,walhal ak sedar akan pemergiannyer,,,,terasa terlalu singkat die bersama denganku,,sungguh besar ujian allah ini padaku....
ayahku seorang bapa yang baik,bertanggungjawab dan sangat menyayangi anak2 nya,,namun masa yang diberikan untuk kami bersama dengannya adalah terlalu singkat,,,,tetapi aku menghargainya...
kadang-kadang apabila melihat orang lain bergelak ketawa dengan bapa mereka aku akan berasa cemburu dan akan teringat kepada arwah ayah ku..mereka masih mempunyai bapa disisi mereka,meraikan hari2 gembira mereka bersama ibu dan bapa tercinta,,,tp ak??? alhamdulillah ak masih mempunyai ibu dan adik beradik yang menyayangiku,,,, namun ianya tidak lah selengkap keluarga lain yang mempunyai ibu dan bapa lagi didunia ini......bagi mereka yang masih mempunyai kedua ibu bapa mereka jagalah mereka sebaiknya,berikan lah kasih sayang sepenuhnya kepada mereka,jaga lah hati dan perasaan mereka dan buatlah mereka gembira kerana ibu bapa ialah permata yang sangat bernilai dan tidak dapat ditukar ganti.......
seandainya ayahku masih ada akan ak katakan kepadanya bahawa aku sgt2 menyanyanginya,sgt merinduinya dan sgt memerlukan nya didalam kehidupanku........hari2 yang ku lalui penuh dengan gelak ketawa tnpa anda yang mengetahui didalam lubuk hati ini terdapat sebuah perasaan yang tidak pernah ku luahkan,terdapat tangisan yang tersimpan didalam hati dan tersemat kerinduan untuk melihat raut wajah itu kembali,,,,,,,,namun yang pergi xkan kembali aku hanya mampu berdoa ke hadrat ilahi mohon kesejahteraan keatas rohnya.....
_kehidupan memerlukan penipuan untuk menyembunyikan perasaan sendiri daripada orang lain agar mereka tidak turut bersedih, itulah penipuan yang terpaksa dilakukan dalam kehidupan sebenar_


cerita diatas dipetik daripada kisah yang bertajuk "rintihan hati kecilku"...moga anda masih mampu tersenyum bersama insan tersayang...:)

2 comments:

  1. kak...ida turut simpati...semoge allah menerimenye...dan menemptkan die dkt tmpt yg elok..jangan sediy sngt...be happy...tabah n kuat kan diri kamoo..ouke..=)

    ReplyDelete
  2. ok,,,thanks ida...i'll.insyaallah,,,:)

    ReplyDelete